WHAT HAVE I READ TODAY?

BACA. Apakah maksud perkataan ini? Itulah soalan yang ditanya oleh Dr Wan Burhanuddin. Jika dicari terdapat pelbagai definisi yang akan kita peroleh. Namun semua definisi ini membawa kepada maksud yang sama. Kita selalunya membaca apa yang kita lihat seperti teks ataupun sesuatu perkataan. Membaca tidak terhad kepada teks atau perkataan semata-mata. Kita juga boleh membaca bunyi dan juga gambarajah. "Lihat dengan mata, dengar dengan telinga dan faham dengan hati". Itulah apa yang diberitahu oleh Dr Wan kepada kami.

Seterusnya Dr Wan menerangkan kepada kami beberapa elemen; niat(intention), laku(act), hasil(product), aktor(actor), aturan(rule) dan tapak(site). Kita mestilah mempunyai niat(intention) sebelum melakukan sesuatu kerja.Tiada siapa yang melakukan sesuatu tanpa niat dan kita merupakan aktornya(actor). Kitalah(aktor) yang memainkan peranan penting bagi menjayakan niat tersebut. Sterusnya diikuti dengan laku(act). Namun kita harus ingat setiap sesuatu perkara ada aturannya(rule). Kita mestilah mematuhi setiap perkara yang telah ditetapkan seperti apa yang kita boleh buat dan apa yang tidak boleh. Apabila kita mematuhi kesemua elemen yang dinyatakan tadi barulah kita dapat hasilnya(product). Tapi kita harus ingat semua ini memerlukan ilmu. Sebab itu pada permulaan kelas Dr Wan telah menerangkan mengenai membaca kerana membaca merupakan cara yang mudah untuk kita menambah ilmu.

Selepas itu Dr Wan turut menjelaskan kepada kami mengenai jadual yang telah disediakan untuk kami sepanjang 14 minggu. Sepanjang 14 minggu ini kami akan diterapkan dengan beberapa teknik/elemen yang diperlukan oleh kami, iaitu dokumentasi(documentation), komunikasi(communication), reka(design), bina/cipta(construction) dan bagaimana kita menyampaikannya(service). Bagi memastikan kami berjaya menguasai kesemua teknik/elemen ini, kami akan diberikan 10 tugasan. Sebelum itu kami dikehendaki mendaftarkan diri kedalam 10 kumpulan yang berbeza bagi menyiapkan tugasan-tugasan tersebut. Kumpulan-kumpulan ini akan dibantu oleh beberapa pensyarah yang digelar sebagai studiomaster. Terdapat 16 orang studiomaster dan Dr Wan sebagai koordinatornya. Ini merupakan tugasan pertama yang diberi kepada kami dengan tajuk 'My Home'. Kami dikehendaki mencipta satu laman web dan memuatkannya dengan "What have i read today" dan juga "My Big Bang".

Inilah intipati berjaya saya perolehi dan saya fahami. Sekiranya terdapat sebarang masalah ataupun kemusykilan, kami telah diberitahu oleh Dr Wan untuk merujuk kepada laman web yang telah disediakan oleh beliau; http://www.hbp.usm.my/1b/100/ .