EXISTENCE (KEWUJUDAN)

Apakah yang dimaksudkan dengan kewujudan(existence) ini. Kewujudan boleh membawa maksud sesuatu yang ada. 'Kita adalah apa yang kita fikirkan'. Inilah pepatah yang diberi oleh Dr Wan kepada kami. Daripada pepatah ini saya dapat ia terdapat hubungkait dengan apa yang diajar oleh Dr Wan sebelum ini iaitu mengenai 3 elemen; niat(intention), laku(act) dan hasil(product). Ia seperti apa yang kita fikirkan(act) maka itulah kita(product). Oleh itu kita mestilah tahu apa motif kewujudan kita(intention). Pada hari tersebut Dr Wan ada memberi beberapa ayat dari al-Quran. Melalui ayat-ayat ini saya dapat simpulkan kewujudan kita adalah untuk mengabdikan diri kita kepada tuhan kita. Ini adalah bermaksud melakukan segala suruhan meninggal segala larangan Nya. Jika kita tidak tahu apa motif kewujudan kita sebenar, kita akan melakukan banyak kemusnahan seperti tang telah dilakukan oleh banyak manusia pada hari ini.