MY BIG BANG

My Big Bang merupakan satu program orientasi yang diadakan khas untuk pelajar di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan(PBP). Walaupun kami telah mengikuti orientasi selama hampir satu minggu, namun kami diwajibkan untuk mengikuti 'My Big Bang' ini kerana program ini agak penting untuk kami. Program ini dipengerusikan oleh saudara Idris yang merupakan senior di PBP. Program ini akan berlangsung bermula 9 julai hingga 12 julai 2009. Kami juga telah diminta untuk membayar sebanyak RM36.00 bagi menjayakan program ini. Pada hari pertama iaitu pada 9 julai 2009 telah diadakan pertandingan futsal dan bola jaring. Ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pelajar PBP dengan staff dan pensyarah di PBP. Hal ini kerana bukan hanya pelajar tahun satu yang mengikuti program ini malah pelajar senior juga turut serta.
Pada keesokannya iaitu pada 10 julai 2009 telah diadakan majlis perasmian minggu my big bang pada pukul 3 petang selepas solat jumaat. Program ini diteruskan pada sebelah malam dengan aktiviti ice breaking.
Pada 11 julai pula, kami telah ditugaskan mencipta satu bekas bagi melindungi telur dari pecah walaupun telur tersebut dilepaskan dari tempat tinggi. Pada malamnya pula diadakan explorace.
12 julai merupakan hari terakhir program ini. Pada sebelah pagi kami telah diberi masa untuk berlatih bagi membuat persembahan ketika majlis penutup program ini yang disediakan pada sebelah malam.